Saturday, 19 September 2015

Motivasi Khas Buat Pengawas Sekolah


Semua orang ada tanggungjawab. Semua tanggungjawab yang diberikan kepada kita itu sebenarnya mampu kita pikul walaupun kadang-kadang kita rasa terbeban sangat-sangat sampai kita merungut. Tetapi percayalah, Allah takkan berikan tanggungjawab kepada hambaNya kalau hambaNya tak mampu.


Assalamualaikum w.b.t. 
Selamat sejahtera.
Terima kasih kerana sudi buka blog saya ni. hari ni, saya nak buat sesi motivasi sikit untuk pengawas sekolah. Kepada yang memegang jawatan pengawas kat sekolah sekarang, bacalah dengan penuh khusyuk dan faham ye ? :)


Tugas utama para pengawas sekolah ni sama jer dengan mana-mana sekolah iaitu memberikan contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid yang lain. Para pengawas yang dipilih ni bukan sebarangan orang tau. Mereka merupakan insan yang dipercayai oleh pihak sekolah untuk menjalankan tugas-tugas tertentu. So, yang kena lantik sebagai pengawas sekolah ni, buktikanlah yang kamu memang layak. 

YANG PERLU ADA PADA PENGAWAS SEKOLAH :

1. Disiplin yang tinggi
    Apabila kamu jadi pengawas, automatik orang akan perhati kelakuan kamu. Sebab apa ? Sebab mereka nak tahu apa bezanya mereka dengan kamu? Adakah kamu benar-benar layak untuk diberi tanggungjawab itu? Yes, memang tak semua akan fikir macam tu. Tapi setiap orang ada sifat mereka masing-masing. Ada yang jenis tak kisah pasal orang lain and ada jugak yang dalam senyap memerhati orang lain and ada yang jenis nampak pendiam dan baik tapi kat belakang mengumpat tak habis-habis. Jadi, tolong jaga persepsi orang terhadap kita dan jaga imej sekolah.

2. Tepati masa
    Pengawas perlu tepati masa. Sense of urgency itu perlu ada . Contohnya bagi yang sekolah berasrama penuh, pengawaslah yang biasa handle sesuatu majlis termasuklah majlis rasmi dan majlis yang diadakan secara besar-besaran yang melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa. Jadi, kalau pengawas bergerak lambat dan tak tepati masa, sesuatu majlis yang diadakan itu takkan berjalan dengan lancar. So, come on pengawas !! Bergerak pantas dan tepati masa, kamu adalah contoh kepada semua.

3. Tegas
    Tegas ni lah yang paling penting. Kalau tak tegas, hilanglah aura pengawas. Apa yang saya maksudkan dengan aura pengawas ialah kewujudan badan pengawas itu disedari oleh murid lain. Pengawas perlu dihormati dan disegani oleh murid lain. Dengan itu, barulah tugas pengawas untuk mengawal disiplin dan menjaga keamanan sekolah dapat diuruskan dengan mudah kerana murid lain patuh. Tapi ingat, tegas tidak sama dengan kasar. Memberi arahan itu biarlah berhemah wai pengawas sekalian... Adab tu perlu dijaga. Kalau sekali dua murid tu buat masalah, sebaiknya nasihat lah dulu. tapi kalau masih mengulangi kesilapan, tolong ambil tindakan dengan memaklumkan kepada guru disiplin atau guru pengawas.


PESANAN :
  
Sebagai pengawas, jaga disiplin. Jangan kamu sendiri pulak yang buat masalah. Kalau pengawas buat kesalahan disiplin, macam mana nak tegur murid lain sebab murid lain pasti takkan ikut. Yang lebih tepat, cermin diri sendiri dulu lah .. Jangan kecewakan guru yang dah letakkan kepercayaan kepada kamu sebab cermin yang pecah, mungkin dapat dicantum semula tapi retaknya belum pasti lagi akan hilang, haa fahamkan? 

Dalam dunia pengawas ni juagak, akan ada yang tak puas hati dengan kamu. Jangan terlalu mudah untuk rasa down n give up. Selagi apa yang kamu buat tu betul, jangan takut sebab tu semua amanah. Tak mati bila dikeji lah sayang oi. Sabar jer.. Amanah dan tanggungjawab yang Allah bagi tu lebih penting daripada fikir pasal kutukan dari mulut manusia. relax brother sister relax..

Jangan tinggalkan tujuan sebenar kamu ke sekolah iaitu untuk belajar. Pengawas pengawas jugak,masa belajar belajar jugak lah ye..?

5 comments:

  1. wah terima kasih untuk ini..sy dh minta pengawas lain baca ni..halalkan sis copy ya ☺️

    ReplyDelete
  2. sis copy and paste dkt grup pengawas je 😂

    ReplyDelete